4.Perkembangan
Produk
Produk High5
Silver Bird sdn.bhd memasarkan barangannya iaitu roti sandwich dan
lain-lain ke seluruh negeri di Malaysia, malah juga ke Singapura. Kecuali Sabah dan Sarawak, rangkaian pemasaran produk High5 tidak dapat di eksport ke Sabah dan Sarawak kerana masalah
pengangkutan dan tempoh roti yang tidak tahan lama untuk sampai ke sana.
High5
Silver Bird sdn.bhd juga mendapat anugerah ISO 22000:2005 pada
16 March 2007 di Kuala Lumpur. High5 Silver Bird sdn.bhd juga telah
mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Record sebagai “Muzium
Roti Yang Pertama di Malaysia” . Sejak dari peristiwa yang bermakna ini , roti
High5 terus mendapat
sambutan yang membanggakan dari pengguna dan masyarakat Malaysia.
High5
Silver Bird sdn.bhd kini semakin maju , sebagai bukti High5 Silver Bird sdn.bhd sudah
mampu untuk mengambil tenaga pekerja baharu yang ramai. Selain itu, dalam
melahirkan kakitangan yang professional juga turut ada. Menggunakan teknologi
yang canggih dan bermutu juga adalah satu pencapaian yang telah dicapai oleh
syarikat tersebut.Di samping produk yang mengutungkan, hasil dari promosi dan
usaha dalam mencapai kemajuan produk ini.
Siapa yang tahu ada emas disebalik batu,
High5 bukan sahaja menarik pada keenakkan roti-rotinya.Malah juga pada logonya
yang melambangkan identity mereka.Salah satu punca High5 masih mampu berdiri teguh dan bersemangat wajar adalah mereka
menghayati makna logo yang mereka sendiri cipta.
Pada tahun 2003, roti High5 dikatakan tidak bersih dan kotor.Namun, kakitangan High5 Silver Bird sudah belajar dari
kesilapan.Silver Bird memohon maaf atas kesilapan mereka dan bekerjasama dengan
JAKIM untuk membuat barangan dan
produk yang halal.Sejak itu,High5
disahkan halal , bersih dan baik untuk kesihatan semua pihak.Ini adalah salah
satu cabaran yang dapat saya kongsikan tentang High5.
Produk High5 berpotensi untuk memberikan
kelainan yang istimewa berbanding roti-roti berjenama lain yang ada di pasaran.
High5 mempersembahkan produk baru
pada awal 2011, sehinggakan Seniman, Sultan
dan VIP juga tuut hadir bagi
memberikan sokongan kerana HIGH5 SILVER BIRD sdn.bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan