Sabtu, 2 Jun 2012

penghargaan- berwarna (2)


PENGHARGAAN

    Sebelum saya menjelaskan terlebih banyak informasi,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya  saya iaitu Puan Ashimah Binti Ahmad kerana beliau saya berpeluang membuat kajian dan penyelidikan tentang produk buatan Malaysia atas kebenarannya.

    Saya juga berhasrat untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran saya iaitu Puan Margaret kerana dengan adanya beliau,perancangan yang lebih teliti dapat dihasilkan.Begitu juga dengan laman internet yang amat membantu saya dalam mencari maklumat , laman web tersebut adalah ‘djlovehistory.blogspot.com’.

    Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan keluarga saya iaitu Puan Rahimah Binti Shamsudin dan Encik Ismail Bin Shamsudin adik kepada ibu saya.Tanpa bantuan dan sokongan ibu serta keluarga , saya pasti akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan projek kerja kursus ini yang mengenai produk buatan Malaysia iaitu High5 Silver Bird .

    Ibu dan keluarga saya bukan sahaja memberikan sokongan dari segi moral,kewangan malah sanggup bersengkang mata menemani saya tidak kira siang atau malam asalkan saya dapat menyiapkan laporan dan hasil kajian projek kerja kursus tepat pada masanya.

    Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan saya iaitu Natasha Tatiana Pereira dan Ainin Sofiya Binti Amir dari kelas 3 Keruing kerana sudi berkongsi idea,maklumat dan rujukan .Tanpa kerjasama semua pihak dan sumber-sumber yang ada, saya pasti sudah menghadapi masalah pada permulaannya lagi.Saya yakin dan percaya bahawa dengan projek kerja kursus yang sebegini pasti dapat menimba banyak pengalaman berharga terutamanya yang berkaitan dengan sejarah penubuhan High5 Silver Bird , dan bagaimana syarikat ini berperanan dalam pembangunan Negara lebih penting lagi kepada aspek ekonomi.
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan