JURNAL :


Assalamualaikum pembaca2 dihormati,
Beberapa tahun dahulu Malaysia digemparkan dengan berita bahawa roti High 5/Hi 5 tidak suci. Hal ini disebabkan oleh penemuan seorang pengguna ketika ingin menikmati roti High 5 yang dibelinya. Terdapat seekor lipas yang besar pada roti yang berbungkus itu.
Lantaran itu, isu ini menjadi semakin besar apabila pihak berkuasa membuat serbuan pemeriksaan di kilang pengeluar produk tersebut. Jelas sekali hasil serbuan menunjukkan pengusaha kilang tidak mengambil berat tentang kebersihan kilang tersebut.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan email2 yang mengatakan produk tersebut dicampurkan dengan bahan2 haram dalam proses penghasilannya.
Saya tidak mahu memaparkan gambar2 tersebut kerana ia boleh didapati di internet dengan mudah. Buat carian "kilang roti high 5" di google atau yahoo untuk melihatnya sendiri.
Setelah isu ini menjadi besar, apakah yang kita patut lakukan? Apakah pula langkah2 yang perlu diambil pihak berkuasa? Lebih penting lagi, apa yang patut pengusaha kilang tersebut lakukan? Bagaimanakah status produk2 itu sekarang?
Roti High 5 dikeluarkan oleh Silver Bird Group Berhad. Syarikat ini juga mengeluarkan banyak produk2 lain seperti bun, cream roll, kaya, minuman dan margarine. Ramai pengguna telah menyuarakan perasaan tidak puas hati kepada syarikat ini. Semua produk Silver Bird diboikot pad masa itu kerana isu ini. Jika satu kilang kotor, bagaimana pula dengan kilang2 yang lain?
Itu adalah beberapa tahun dahulu. Kini masih ada lagi pengguna yang mencari status halal Roti High 5 dan Silver Bird di ruangan siber. Malah ada juga pengguna yang meniggalkan komen2 pada hasil tulisan beberapa tahun dahulu. Saya terpanggil untuk membuat update kepada isu ini untuk mengelakkan kekeliruan.
Justeru nama roti High 5 dan Silver Bird yang telah terjejas, Silver Bird Group Bhd telah mengambil langkah menubuhkan Jawatan Kuasa Integriti Halal. Jawatankuasa ini memastkan proses pelaksanaan Standard Halal dilakukan. Ia diwakili kakitangan muslim dari bahagian relevan seperti Pengeluaran, Jaminan Kualiti, R&D, Lojistik, Pemasaran, Pembelian dan ditambah dengan seorang pegawai halal yang memiliki latar belakang pendidikan syariah.
Syarikat itu telah mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Mereka juga mendapakan pengesahan halal dari pihak berkuasa yang diiktiraf untuk produk2 yang dibuat di luar negara. Produk2 yang mendapat sijil halal didaftarkan di bawah nama2 beriukut:
- Standard Confectionery Sdn Bhd
- Stanson Bakeries Sdn Bhd
- Stanson Marketing Sdn Bhd
- Black Fury (Energy Drink)
- Margarine
- Kaya
- Cookies
- Stanson Marketing Sdn Bhd
- Peanut Butter Oozy (Shandong Islamic Association)
- Cereal (The Central Islamic Committee of Thailand)
(Klik gambar untuk senarai penuh Standard Confectionery Sdn Bhd)
(Klik gambar untuk senarai penuh Stanson Bakeries Sdn Bhd)
(Klik gambar untuk senarai penuh Stanson Marketing Sdn Bhd)
Jelas sekali, syarikat ini telah memperolehi sijil halal daripada JAKIM. Pada masa yang sama, JAKIM telah menerima aduan daripada pengguna dan memberikan respon dengan menyatakan produk tersebut halal.
Kesimpulannya, Roti High 5 dan produk2 Silver Bird mempunyai sijil halal yang diiktiraf.
Sentiasa mencari yang halal,
INFORMASI
Analisis dari sumber internet :
Silver Bird adalah syarikat pengeluar produk bakeri tempatan terbesar di negara ini. Oleh itu, ia menjadi aspirasi dan tanggungjawab untuk menyahut seruan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan Integriti Halal dan menjadi Hab Halal di rantau ini. Sebagai makluman, syarikat ini telah memperoleh pensijilan Halal melalui Bahagian Hal Ehwal Islam Malaysia (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri beberapa tahun lalu sebelum ditukar kepada JAKIM. Dan sekarang, pihak kami berurusan terus dengan HDC sebagai sebuah badan pensijilan Halal Malaysia dan antarabangsa.
Semua anak syarikat Silver Bird, iaitu Stanson Bakeries Sdn Bhd, Standard Confectionery Sdn dan Stanson Marketing Sdn Bhd sentiasa memantau standad Halal dan akan terus melaksanakan untuk kebaikan pengguna. Pihak kami hanya menggunakan bahan ramuan yang hanya disahkan halal oleh badan-badan Islam yang diiktiraf di dalam penyediaan produk kami dan kilang kami akan sentiasa dipantau dan diperiksa khususnya setiap kali proses pensijilan Halal.
Stanson Bakeries Sdn Bhd dan Standard Confectionery Sdn Bhd juga telah diiktiraf melalui penilaian Lloyd's Register Quality Assurance, UK, untuk mendapat ISO22000:2005 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan yang mengangkat standard kualiti proses dan kesihatan.
Silver Bird Group Bhd diklasifikasikan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebagai sekuriti tersenarai dalam Bursa Malaysia yang menepati Syariah.
|





Tiada ulasan:
Catat Ulasan