OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian saya adalah
saya dapat memperlajari kemahiran mencari maklumat dan mengumpul fakta daripada
sumber yang sahih mengenai produk barangan Malaysia iaitu barangan yang
merupakan jenama High5 Silver Bird.
Selain itu,saya dapat
mengulas,menganalisis dan merumus secara rasional berdasarkan tajuk kajian saya
iaitu High5 Silver Bird.Mengenai tentang sejarah kewujudan dan
perkembangan perniagaan produk tersebut.
Saya juga dapat mengenal pasti peranan
produk dalam syarikat ini iaitu High5 Silver Bird yang
mengeluarkan barangan dalam pembangunan Negara,terutama sekali yang berkaitan
dengan pemasaran,masalah pemasaran serta potensi syarikat yang membantu
perkembangan ekonomi Negara.
Faktor yang paling penting sekali
dalam objektif kajian adalah saya dapat menganalisis kepentingan produk
iaitu High5 Silver Bird yang mengeluarkan barangan pelbagai
jenis roti di Malaysia.Seterusnya,dapat juga mengenalpasti kelebihan kegunaan
produk khasnya kepada rakyat Malaysia.
Justeru itu,saya dapat
mengkaji kaedah dan cara penghasilan produk tersebut secara menyeluruh bermula
daripada tenaga pekerja,senarai bahan sehinggalah kepada spesifikasi kawalan
mutu produk iaitu High5 Silver Bird.
Di samping itu,saya dapat
mempraktikkan sesuatu situasi secara berkumpulan.Bahkan mampu menambah
kecekapan dalam penggunaan teknik komunikasi serta mengeratkan hubungan social
bersama rakan-rakan kerana melakukan kajian ini memerlukan secara dalam gerak
kerja kumpulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan