RUMUSAN
Pengkajian dan penyelidikan terhadap produk buatan Malaysia yang saya analisis
sememangnya sesuatu perkara yang amat unik dan berfaedah.Saya juga berpeluang
menjadi seperti seorang yang telah berfessional dan di samping itu,saya amat
seronok kerana berpeluang bekerja dan wujudkan pengalaman selain itu saya juga
berpeluang menyamar sebagai seorang wartawan di luar sana,secara tidak langsung
saya juga berpeluang mewawancara Cik Nabila Huda binti Shamsuddin yang
berumur 24 tahun.Saya merasakan bahawa kemahiran yang saya miliki semakin
bertambah setelah saya menjalankan pengkajian dan penyelidikkan tentang
barangan buatan Malaysia.
Terdapat banyak kelebihan yang telah saya peroleh.Salah satu daripadanya adalah
skil komunikasi,saya berpengalaman dalam mengamalkan aspek dan skil komunikasi
terhadap kerja-kerja kumpulan.Tidak salah lagi, bahawa kajian ini semestinya
menjadikan saya lebih matang dalam menjalankan penyelidikan dan dapat berfikir
di luar kotak.Apa yang ingin saya jelaskan adalah mengkaji dan menyelidik dalam
projek kali ini amat sesuai dan berguna kerana segala info dan pertanyaan
merupakan sokongan dan ambil berat dari saya,rakan-rakan dan masyarakat
Malaysia.Sekaligus membantu rakyat Malaysia menjana ekonomi dan memberi kesan
yang positif terhadap masyarakat di dalam dan luar Negeri mahupun Negara.
Dengan menjalankan kajian seperti ini,secara tidak langsung saya dapat menkaji
kedudukan syarikat yang mengeluarkan produk Malaysia secara menyeluruh.Saya
juga mempelajari nilai-nilai kerjasama bersama-sama rakan saya Natasha Tatiana
Pereira yang berumur 15 tahun,kerana kami bekerja secara
kumpulan.Seterusnya,saya juga dapat menghayati konsep perpaduan selari dengan
kempen ‘Satu Malaysia’ yang di wawarkan oleh kerajaan.
Saya
amat berbangga terhadap Negara kita ini kerana mempunyai produk sendiri
iaitu Silky Girl, Funky Eyelights Pencil, STAGE.Manakala yang
berbentuk makanan pula Radix Fried Chicken,KAIZER , Darabif
Burger.Produk barangan Malaysia yang lebih terkenal adalah dikategorikan
iaitu PARKSON, MAXIS, CELCOM , FIREFLY , MAS WINGS, F.TIMBER, 1
MALAYSIA COLOURLAND, VERN’S, CSL, ‘BOH’ , DCL , VROZELLE , SIMEWOOD, MAYFAIR ,
FAVORITA, E-TOUCH MOBILE, JUKEBOX, CNI, PERODUA , ANGELO MODA, CENTON, SER
PAJAM,TIMBORA, AKEMI, GIO FIORE, BILL KEITH, SENTIINI, PATHOL, CLAYTAN,
PRINCESS,KAZUKO COLLECTION, JEAN PERRY , MINES TCM WELLNESS, HONG LEONG BANK,
BIOVALLEY , NOVELLE, GINTELL dan kini yang paling masyarakat
gemar GOOGLE.
Ternyata syarikat ini Berjaya melibatkan perkembangan syarikat pembangunan
ekonomi Negara.Justeru itu,mampu dikatakan yang rakyat kita mempunyai semangat
kekitaan yang jitu.Barangan yang diedarkan ke seluruh Negara amnya
yang telah membantu mengenalkan produk tempatan ke merata Malaysia membuktikan
bahawa kita sudah boleh bersaing secara sihat dengan Negara-negara yang
lain.Bahkan,kini Negara Malaysia sudah di iktiraf sebagai Negara yang maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan