BAHAGIAN B:ESEI BERUNSUR
PATRIOTISME
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Produk buatan Malaysia,apabila menyebut atau mendengar barangan yang dicipta
dari Malaysia sudah pasti mampu menarik minat dan perhatian ramai baik di dalam
mahupun di luar Negara .Itu kerana Malaysia adalah sebuah Negara yang terkaya
dan boleh dipercayai,buktinya ramai pelancong dari luar Negara yang berkunjung
ke Malaysia dan apabila di tanya oleh wartawan, kenapa Malaysia tempat sasaran
mereka untuk beriadah.Di antaranya memberikan jawapan kerana Malaysia mempunyai
barangan-barangan yang menarik dan indah.Selain itu,ada juga kerana barangan
buatan Malaysia adalah berqualiti dan pelbagai,tidak jemu dipandang.
Salah satu
faedahnya jika kita membeli barangan buatan Malaysia adalah kita dapat menghayati
sendiri seni reka dan ciptaan oleh masyarakat sendiri, kita juga patut
berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana segala yang berkenaan tentangnya
adalah indah-indah belaka.Seterusnya,semangat patriotisme juga harus ada di
dalam hati setiap masyarakat kerana itu adalah penting untuk kita menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan Negara.Jika rakyat tidak mengambil peduli, apa
gunanya pembangunan yang pesat , kraftangan yang pelbagai, seni reka pakaian
yang baharu dan laugan Merdeka di sebutkan di Malaysia ini.Kita juga harus
bersatu hati barulah laugan Merdeka itu beerti.
Dengan membeli barangan buatan Malaysia tempatan juga dapat menyemarakkan
semangat setia Negara.Di samping itu,nilai-nilai cinta akan bangsa dan Negara
sendiri juga terlahir.Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjwab kepada
negaranya,usaha dalam meningkatkan nama baik Negara akan terus ada tanpa
berputus asa dan membeli barangan buatan Malaysia untuk menghargai bakat dan
kebolehan rakyat di Malaysia.
Kita
juga mestilah berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan Negara dan bangsa
itu yang paling penting.Penggunaan barangan buatan Malaysia juga sudah
menunjukkan bahawa kita bangga menjadi rakyat Negara ini dan menunjukkan kita
mempunyai semangat kekitaan yang tinggi.Saya pasti jika rakyat terus membeli
barangan buatan di Malaysia, taraf kemajuan di Malaysia akan meningkat kerana
itu merupakan sokongan dan ambil berat dari rakyat yang berbentuk pertolongan
dengan cara membeli barangan buatan Malaysia.
Justeru itu,kita mesti mempunyai semangat bersatu padu dan harmoni dalam
menyokong Negara dengan membeli barangan atau produk tempatan.Kemudian,semangat
kekitaan ini juga menunjukkan yang rakyat Negara ini mempunyai
sikap bekerjasama dan tolong menolong dalam mempertingkatkan ekonomi
Negara.Pengurangan barangan impot juga dapat dikurangkan jika rakyat Negara ini
melebihkan pembelian barangan di Negara sendiri.
Kesimpulannya,yang pasti slogan membeli barangan buatan Malaysia boleh
menunjukkan jati diri rakyat Malaysia yang sentiasa mahu berusaha dan
produktif.Produk tempatan menunjukkan sikap rakyat kita yang sentiasa berusaha
gigih,tekun dan rajin serta berdikari dalam menghasilkan pengeluaran
sendiri.Rakyat kita juga menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran global.Gandingan
ini juga mampu menunjukkan bahawa kita sama-sama berganding bahu dalam
membangunkan Negara tercinta,seperti kata peribahasa “alah bisa ,
tegal biasa” dan “berat sama di pikul,ringan
sama di jinjing”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan